• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Komited Jadikan Malaysia Lebih Berdaya Saing

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk terus meningkatkan lagi daya saing Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, disokong oleh Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan pada 2010.

“Saya komited untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan pendirian saya ini jelas dengan dasar-dasar domestik saya,” kata Najib dalam paparan terbaharu beliau di laman webnya www. najibrazak.com, malam tadi.

“Saya sentiasa menekankan bahawa sasaran Model Baru Ekonomi kita adalah untuk menjadikan Malaysia destinasi lebih berdaya saing, produktif dan mesra pelabur.

“Dan sebagai Perdana Menteri, dasar dalam dan luar negara saya, adalah bertujuan untuk memastikan pencapaian ini dan mendahulukan keperluan rakyat,” katanya.

Najib, yang baru pulang ke tanah air selepas lawatan rasmi selama tiga hari ke Jerman sejak Isnin berkata, banyak perkara positif yang boleh diambil daripada Laporan Daya Saing Global (GCR) tahunan Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.

Rabu lepas, Malaysia disenaraikan di kedudukan yang patut dipuji iaitu ke-25 daripada 138 ekonomi, namun ia turun daripada tangga ke-18 tahun lepas.

“Dalam dunia yang semakin kompetitif ini, kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang telah kita dicapai. Kita perlu sentiasa komited dalam mencari punca-punca dan membuat penambahbaikan dengan segera.

“Kita harus akui yang penurunan dalam keseluruhan ranking juga disebabkan oleh faktor-faktor luaran dan domestik, malah ada yang di luar bidang kuasa kerajaan,” tegas Najib.

Untuk kekal berdaya saing, beliau berkata Malaysia perlu terus berusaha menambah baik kemudahan bagi pinjaman dan melahirkan tenaga kerja.

Berkenaan dengan pendidikan, beliau berkata pelan tindakan yang dilancarkan baru-baru ini bagi pendidikan dan pendidikan tinggi jelas menekankan bahawa sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik perlu disepadukan dengan kemanusiaan, sains sosial dan keusahawan secara disiplin.

Sementara itu, Najib berpuas hati Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai negara paling berdaya saing dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun lain di Asia.

“Kita masih mendahului gergasi ekonomi seperti Korea Selatan, Iceland dan China dan ini malahan lebih bermakna lagi dalam iklim ekonomi global yang bergelora sekarang,” katanya.

Najib berkata dasar kerajaan berfungsi dengan baik sejajar dengan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan juga menarik dan mengekalkan pelabur.

“Kita sekarang di kedudukan ke-4 di dunia, naik daripada tangga ke-5 yang yang mana sudahpun terpuji – dalam melindungi pelabur kita di sini di Malaysia.

“Malaysia juga dipandang tinggi di mata para pelabur dengan kemudahan yang disediakan untuk menjalankan perniagaan dan kita berjaya mengekalkan kedudukan kita yang amat dicemburui di ranking ke-6.

“Dasar-dasar kita juga menggalakkan dan membantu syarikat permulaan. Pada hari ini, untuk memulakan perniagaan di Malaysia hanya mengambil masa empat hari sahaja – meningkatkan ranking kita ke kedudukan ke-15 daripada ke-24 sebelum ini,” katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata ranking ke-8 Malaysia dalam perbelanjaan kerajaan yang cekap mencerminkan kejayaan mengurangkan defisit bajet sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata inisiatif kerajaan dalam perbelanjaan cekap juga berjaya mengurangkan dengan konsisten defisit fiskal dan ranking GCR Malaysia di kedudukan ke-69 di dunia, naik daripada tangga ke-85, merupakan perakuan kepada usaha ini.

Untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, penting bagi kerajaan menyediakan persekitaran menarik kepada tenaga kerja dan juga yang membolehkan mereka berkembang maju.

“Usaha Malaysia untuk menawarkan persekitaran yang mendorong inovasi dan kreativiti terbukti membuahkan hasil.

“Kita berada di kedudukan ke-8 dan ke-11 masing-masing dalam keupayaan kita untuk mengekal dan menarik tenaga kerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: MalaysiaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd