• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Diskaun Bumi: Selangor Amal ‘Malaysian Malaysia’?

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Tindakan memansuhkan diskaun 10 peratus bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Selangor telah mula menyahut konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh DAP.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata DAP sememangnya dari dahulu lagi diketahui memperjuangkan konsep itu yang menekankan hak kesamarataan bagi semua kaum.

“Sama ada harga rumah berjaya diturunkan (dengan pemansuhan diskaun 10 peratus) itu adalah antara kerajaan negeri dan pemaju.

“Persoalannya sekarang ialah bagaimana dengan hak bumiputera di Selangor seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Kalau tiada beza antara bumiputera dan kaum lain bermakna konsep ‘Malaysian Malaysia’ telah dilaksanakan di Selangor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan pemansuhan diskaun 10 peratus golongan bumiputera bagi pembelian tiga jenis rumah tersebut berkuat kuasa semalam (1 Sept).

Langkah itu menimbulkan kegelisahan golongan bumiputera yang meminta kerajaan negeri mempertimbang semula tindakan itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai desakan itu memberi alasan pemberian diskaun 10 peratus kepada semua kaum untuk pembelian tiga jenis perumahan itu adalah disebabkan harganya yang mahal.

Noh berkata berbeza dengan kerajaan negeri, kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO sentiasa mempertahankan hak keistimewaan bumiputera dan perkara itu diterjemahkan melalui pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang meletakkan agenda bumiputera sebagai agenda nasional.

“Selama ini, dasar kita mempertahankan hak bumiputera yang bukan sahaja melibatkan kaum Melayu malah turut melibatkan kaum lain di Sarawak dan Sabah. Tidak ada konsep bumiputera hanya untuk orang Melayu.

“Kita berharap rakyat Selangor akan buka mata mengenai tindakan kerajaan Selangor yang seperti mengikut telunjuk DAP memandangkan parti itu mempunyai jumlah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) paling ramai di Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala menteri besar dan anggota exco hanya bertindak sebagai boneka sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: bumiputeraDAPselangorSOHOSOVO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekuiti 30 Peratus Bumiputera ‘Day Light Robbery Policy’?

Ekuiti 30 Peratus Bumiputera ‘Day Light Robbery Policy’?

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mengulas isu syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd