• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maklumat Palsu Agihan BR1M Sempena Aidiladha

oleh AK-47
04/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyelar tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan maklumat palsu kononnya agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diawalkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesej yang tersebar adalah palsu dan menafikan sekeras-kerasnya tarikh 5 September (esok) adalah hari penerimaan wang agihan BR1M, yang mana menurut jabatan itu tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan.

lhdn

“Justeru, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan mendukacitakan apabila ia disebarkan di media sosial.

“LHDN kesal dengan penyebaran kenyataan palsu ini dan menasihatkan ia dihentikan segera,” tulis kenyataan itu.

Terdahulu, sebuah foto palsu menggunakan nama jabatan itu memaklumkan BR1M akan diagihkan ke akaun penerima masing-masing pada Isnin, telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial.

Penyebaran kandungan maklumat palsu tersebut bukan sahaja menimbulkan kemarahan, sebaliknya mewujudkan suasana panik kerana individu yang layak menerima bantuan akan keluar ke bank bagi memeriksa akaun bank masing-masing.

Sebarang semakan atau maklumat lanjut BR1M, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my. -MYNEWSHUB.CC

Tags: BR1MLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd