• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: 11 Okt Sebutan Kes Bekas Pegawai SPRM

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 11 Oktober depan bagi sebutan kes seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghadapi tuduhan menipu.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab.Rahman menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Ramlan Amir Man melantik peguam untuk mewakilinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa hari ini telah ditetapkan bagi sebutan kes itu tetapi Ramlan masih belum mempunyai peguam.

Ramlan pula menjelaskan dia telah menghubungi seorang peguam melalui telefon tetapi peguam itu belum bersetuju mewakilinya kerana mahu bertemu dengannya terdahulu.

Ramlan, 46, dituduh menipu Mek Nas Mat Jusoh, 58, dan Rosli Md Aris, 59, dengan memperdaya mereka untuk membeli kereta jenis Toyota Wish.

Dia dituduh memperdaya Mek Nas membeli kereta itu yang bernilai RM30,000 dan dengan curangnya mendorong wanita itu untuk menyerahkan wang RM29,500 sebagai pembayaran kereta berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Food Court Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya pada 8 Feb 2011 hingga 22 Feb 2012.

Ramlan juga didakwa menipu Rosli, 59, dengan memperdayanya membeli kereta Toyota Wish bernilai RM35,000 dan dengan curangnya mendorong lelaki itu supaya menyerahkan wang RM35,000 sebagai pembayaran kereta tersebut.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kedai runcit Linor, Presint 16, Putrajaya pada 16 April 2011 hingga 25 Mei 2011. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd