Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selangor Cadang Tambah 50%...

KUALA LANGAT - Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan...

Khutbah: Chong Eng Sudah...

PEKAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan Ketua Wanita DAP, Chong Eng...

Johor Arah Sekolah Tangguh...

Kota Tinggi : Johor mengarahkan pihak sekolah menangguhkan sementara semua aktiviti luar bilik...

“Liow Tiong Lai Pengecut”...

KUALA LUMPUR - DAP menyelar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan...

Les’ Copaque Perluaskan Perniagaan Ke China

KUALA LUMPUR – Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Nicecrown International Ltd. berpangkalan di Hong Kong untuk meraih projek berkaitan penggunaan jenama ‘Upin & Ipin’ di China.

Dalam kenyataan hari ini, studio animasi itu berkata perjanjian tersebut, yang dibuat di bawah program ‘One Belt, One Road’ (OBOR), akan melihat Nicecrown Int. sebagai wakil dan pemudahcara dalam menguruskan sebarang perjanjian untuk melaksanakan projek itu.

“Ini termasuk pembinaan taman tema Upin & Ipin di Shanghai dan Ãœrümqi di China, dengan kos berjumlah RM40.7 bilion (US$1 = RM4.06) dan sebuah taman tema di Malaysia, dengan anggaran kos sebanyak AS$20 bilion.

“Projek itu juga akan mempamerkan serta mempromosikan harta intelek Les’ Copaque selain mengenal pasti stesen televisyen tempatan dan rangkaian pawagam untuk menayangkan siri animasinya di sana.

“Nicecrown Int juga akan membangunkan perniagaan membabitkan barangan, pelesenan dan restoran, antara lain, dalam pasaran China,” katanya.

Pada April 2016, Les’ Copaque dipelawa oleh kerajaan China, melalui China World National Culture Promotion Society dan Persatuan Pelaburan Syarikat Malaysia, untuk memperluaskan perniagaannya di sana di bawah program OBOR.


Program OBOR menumpukan kepada pembangunan kesalinghubungan dan infrastruktur untuk membina dan mengukuhkan hubungan ekonomi dengan kumpulan ekonomi 65 buah negara yang terlibat dalam inisiatif ini.

“Dengan pemeteraian MOA, Les’ Copaque berjaya menjadi peserta global Malaysia yang pertama menembusi pasaran China secara keseluruhannya dan akan membuka pintu kepada peserta industri kreatif yang lain dari negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori