• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpikat Curi Pakaian Dalam Wanita Rakan Serumah

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Disebabkan terpikat dengan pakaian dalam wanita rakan serumahnya, Mohamad Firdaus Mohsin mencurinya dan mengaku bersalah di Mahkamah Majistrest di sini hari ini, maka dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Firdaus, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri baju dan seluar dalam wanita keseluruhan bernilai RM400 milik Goh Yee En, 21, rakan serumahnya di sebuah unit kondominium, Jalan Danau Saujana, Setapak pada 5 petang, empat hari lalu.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Firdaus menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapan iaitu pada 10 September lalu. Tertuduh yang merupakan seorang pembantu dapur sebuah hotel didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, dan hukuman penjara serta denda bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Terdahulu, menurut fakta kes, Goh, seorang pelajar koleh swasta mendapati beberapa pakaian dalam miliknya hilang dari bilik namun tidak menjumpai kesan ceroboh memandangkan tombol pintu biliknya masih dalam keadaan baik.

Goh yang curiga telah memasang kamera web dan ketika melihat rakamannya mendapati kelibat lelaki yang tinggal di bilik bersebelahan sedang berada di dalam biliknya dan mengambil pakaian dalam miliknya.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah masuk ke dalam bilik Goh menggunakan kunci yang tertinggal dan mengaku mengambil kesemua pakaian dalam itu kerana kelihatan cantik.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikir Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk penjara sebagai pengajaran kepada tertuduh dan mengambil kira faktor barang yang dicuri adalah pakaian dalam wanita. Mohamad Firdaus yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia baru melangsungkan pertunangan. – BERNAMA

Tags: curipakaianPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd