• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kukuh Agenda Bantu Rakyat Berdepan Parti Baharu

oleh AK-47
27/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuh agenda membantu rakyat dalam mendepani kemunculan parti-parti baharu ketika ini.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau juga bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bahawa BN tidak boleh memandang rendah terhadap kemunculan parti baharu itu.

“Namun apa yang penting orang dalam parti kita harus fokus kepada agenda membantu rakyat kerana saya percaya kalau ini dilakukan, kemunculan parti-parti baharu itu hanyalah menjadi satu lagi kumpulan yang mahu menjatuhkan dan mengambil alih kuasa kita.

“Saya percaya rakyat boleh membaca dan menilai sendiri apa yang kita buat selama ini kerana presiden parti baharu itu dalam kalangan kita dahulu. Kalau dia nak cakap sesuatu mengapa tidak dilaksanakan semasa masih dalam kerajaan,” kata Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tanpa menamakan parti berkenaan, Mohd Shafie yang bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah digantung keanggotaannya pada 24 Jun lepas, telah mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya, pada 22 Sept lepas, untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menubuhkan parti baharu yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Di LAHAD DATU, seorang lagi Anggota MT UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO dan BN sentiasa bersedia menghadapi kemunculan parti baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata isu kemunculan parti baharu adalah antara perkara sama yang sering dihadapi UMNO dan BN setiap kali menjelang pilihan raya umum.

“UMNO dan BN kena berhadapan (kemunculan) parti baharu. Maknanya bersiap sedia…persediaan menuju kepada pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Silam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata perpaduan utuh dalam kalangan anggota UMNO termasuk di peringkat akar umbi, berupaya menjadi penyumbang utama kejayaan dan kekuatan parti dan tidak akan mampu diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata perpaduan itu perlu disokong dengan sikap setiap anggota yang harus menyedari tanggungjawab masing-masing untuk terus mempertahankan perjuangan parti. – BERNAMA

Tags: MT UMNOpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemelut politik di Negeri Sembilan memerlukan ruang untuk semua pihak...

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd