• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontinjen Paralimpik Bakal Diarak Sekitar KL – Khairy

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUKAN Paralimpik 2016 yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil sejak 7 September sudah pun melabuhkan tirainya secara rasmi, awal pagi tadi.

Kontinjen paralimpik Malaysia yang terdiri daripada 21 atlet bertanding dalam sembilan jenis sukan pula dijangka tiba di tanah air pada 22 September ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam akaun Facebooknya mengesahkan satu upacara sambutan kepulangan wira-wirawati kontinjen paralimpik bakal diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Lebih menarik, Khairy memberitahu, para atlet-atlet ini akan diarak sekitar pusat bandar Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan terhadap prestasi yang ditunjuk pada temasya di Rio itu.

“Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk menyambut kepulangan atlet-atlet ‘luarbiasa’ bermula jam 2 petang di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

“Sambutan ini akan dimeriahkan lagi dengan konvoi perarakan atlet-atlet kita di pusat bandar Kuala Lumpur selepas acara sambutan di KLIA.

“Rakan-rakan yang bekerja di Kuala Lumpur berpeluang untuk memberi penghormatan kepada konvoi atlet para kita yang akan sampai di Jalan Tun Razak kira-kira pukul 5.30 petang.

“Dari sana, mereka akan bertolak dalam ‘open top bus’ menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang. Konvoi mereka akan berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas sebelum menuju ke Pavilion melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan dan berhenti sekali lagi di pancutan air berhadapan pintu utama Pavilion di Jalan Bukit Bintang,” tulisnya.

Kontinjen Paralimpik Bakal Diarak Sekitar KL - Khairy

Kontinjen Paralimpik Bakal Diarak Sekitar KL - Khairy

Tambah Khairy, konvoi akan berakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di ibu negara.

Dengan tamatnya temasya Paralimpik Rio 2016, Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy JamaluddinParalimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd