• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemungkinan Gajah Ditembak Untuk Ambil Anaknya Disiasat

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Usaha keras dua hari oleh doktor haiwan tempatan untuk menyelamatkan seekor gajah yang cedera parah akibat ditembak di sebuah bukit di sini gagal apabila haiwan itu mati, semalam.

Pegawai Perhutanan Narathiwat, Viroj Siri-umakul berkata haiwan yang ditemui di bukit berhampiran Kampung Bera-en daerah Ranget di sini mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki akibat kesan tembakan dengan senapang patah.

“Gajah betina itu dipercayai telah ditembak seminggu lepas tetapi hanya ditemui penduduk kampung dua hari lepas. Haiwan itu mungkin turun ke kawasan kebun milik penduduk kampung untuk mencari makan,” katanya kepada pemberita di sini.

Ketua Renjer Rejimen ke-45, Kol. Issara Chantakrayom pula berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan gajah betina itu ditembak oleh pihak tidak dikenali untuk mengambil anaknya yang baru dilahirkan.

Kemungkinan ini timbul apabila penduduk kampung mendakwa mereka ternampak gajah betina itu berkeliaran di kawasan itu bersama seekor gajah jantan dan seekor anak gajah yang baru dilahirkan serta masih menyusu, katanya.

Katanya sehingga kini usaha mengesan anak gajah itu masih gagal dan usaha pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian gajah betina itu diteruskan. – BERNAMA

Tags: gajah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd