• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Kekal Khidmat Popov Untuk Musim 2017 – Annuar

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan khidmat Velizar Emilov Popov sebagai ketua jurulatih skuad The Red Warriors bagi musim hadapan, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata jurulatih kelahiran Bulgaria itu diberi kuasa penuh memilih pemain tempatan dan import serta pegawai untuk pasukan Kelantan pada musim depan.

“Bersembang panjang bersama Popov petang ini (semalam) dan mendengar laporan, teguran (dan) cadangan untuk The Red Warriors.

“Popov dilantik semula sebagai headcoach (ketua jurulatih) TRW (The Red Warriors) 2017… dan diberi kuasa penuh memilih pegawai dan pemain (import dan tempatan) untuk skuad 2017,” katanya dalam entri di laman sosial Facebooknya lewat malam tadi.

Annuar berkata KAFA berpuas hati dengan komitmen Popov musim ini dan mahu jurulatih itu memilih sendiri barisan impiannya bagi memastikan 2017 adalah tahun gemilang buat Kelantan.

Sebelum ini, tersebar berita menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan Popov bakal meninggalkan The Red Warriors selepas kecewa kerana masih ada ‘tangan ghaib’ yang mencampuri urusan pasukan itu.

Selain itu, beberapa tonggak utama The Red Warriors dikatakan turut membayangkan hasrat berhijrah ke pasukan lain pada musim depan selepas kecewa dengan sistem dan pengurusan KAFA dalam beberapa perkara seperti pembayaran gaji.

Antara pemain yang disebut-sebut bakal ‘angkat kaki’ ialah Wan Zack Haikal Wan Noor yang akan berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Badri Mohd Radzi (Melaka United) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakari (JDT atau Selangor).

Selain itu, Nor Farhan Muhammad (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United atau Kedah), Brendan Gan (JDT) dan Indra Putra Mahayuddin (T-Team).

Lebih memburukkan keadaan, khabar angin itu turut mendakwa penaja terbesar The Red Warriors, Vida Beauty Sdn. Bhd. turut mengambil keputusan tidak lagi menaja pasukan itu pada musim depan kerana kecewa dengan prestasi dan kemerosotan skuad tersebut. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd