• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Mudah Kemunculan Parti Baharu

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan anggota pergerakan itu agar tidak mengambil mudah terhadap mana-mana parti baharu yang ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN).

“Apa sahaja parti yang ditubuh untuk menentang BN perlu kita anggap serius dan perlu kita lipat-gandakan usaha untuk memastikan sokongan (kepada BN dan UMNO) tidak lari,” katanya.

Selain itu, katanya golongan muda yang belum bersama-sama BN juga perlu didekati untuk mengajak mereka menyertai perjuangan parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Khairy berharap golongan muda di Sabah terus bersikap rasional dengan kemunculan parti baharu demi memelihara kestabilan politik di negeri ini.

“Mana-mana parti baharu yang ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pasti akan membangkitkan isu sensasi dan sensitif untuk menarik golongan muda menyertai parti itu.

“Melihat kepada kestabilan politik yang dibawa (kerajaan BN) di Sabah, kita tidak mahu Sabah kembali kepada zaman ketidaktentuan,” katanya.

Terdahulu pada majlis penyampaian peruntukan Hari Sukan Negara (HSN) di sini, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyampaikan peruntukan berjumlah RM2,732,500 kepada 2,985 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini untuk menganjurkan HSN pada 8 Oktober.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata semua kemudahan sukan negeri boleh digunakan secara percuma sepanjang HSN nanti. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd