• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Dompet, Polis Trafik Belanja Makan

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REZEKI… Seorang netizen terkejut apabila ada individu yang sudi membantunya selepas tidak mempunyai wang untuk membayar makanan.

Kejadian ini dikongsikan Zaparudin Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Zapa melalui akaun Facebooknya semalam.

Menurutnya, ketika makan di sebuah gerai di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dia menyedari beg dompetnya tertinggal menyebabkan dia tidak mampu membayar makanan yang diambilnya di gerai berkenaan.

“Alamak!! Mana wallet aku? Nasi dan lauk dah ambil.. Camne ni???” katanya.

Dalam keadaan bingung itu, seorang lelaki menegurnya dan bertanya mengenai masalah yang dialaminya.

“Takpe cik, saya bayarkan nasi ni, relaks, kita makan dulu, nanti baru fikir,” kata lelaki yang membantunya.

Hilang Dompet, Polis Trafik Belanja Makan

Ketika menikmati makanan, Zapa berbual dengan lelaki tersebut dan mengetahui dia adalah seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang baru pulang dari bertugas.

Zapa yang juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan berkata, bersyukur dan berterima kasih kepada anggota polis berkenaan kerana membantunya.

“Alhamdulillah… Saya dipertemukan dengan orang yang baik.. Dalam hati saya kata ramai sebenarnya abang-abang polis yang baik hati… Cuma kadang-kadang kita lagi banyak jumpa benda yang buruk dari yang baik..,” katanya yang dipetik dari statusnya di Facebook.

Anggota trafik yang dikenali sebagai Mohd. Azrieq Qawiem itu turut memberikan komen dalam status tersebut dengan menyatakan tindakannya itu adalah rezeki dari Allah yang dikongsi bersama.

Status tersebut turut dikongsikan Friends of PDRM dalam akaun Facebook dan mendapat pujian daripada netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bantuanBukit Amanpolis trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd