• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gigi Melekat Selepas Jalani ‘Rawatan’ Di Motel

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang remaja perempuan memasang pendakap gigi akhirnya menemui padah apabila semua giginya melekap antara satu sama lain.

Sementara itu seorang lagi remaja yang melakukan rawatan pergigian di sebuah bilik motel hampir kehilangan beberapa gigi disebabkan tertolak keluar daripada gusi.

Akibat tidak curiga, golongan muda mudah terpedaya dengan perkhidmatan doktor palsu yang melakukan ‘rawatan’ pergigian secara khusus, kata pakar ortodontik, Dr. Manveen Singh.

Katanya beliau telah berhadapan dengan sekurang-kurangnya empat pesakit seperti itu tahun ini.

Berhubung kes gadis yang giginya melekap antara satu sama lain, doktor gigi yang bertugas di Melaka itu berkata, individu yang melakukan kerja-kerja memasang pendakap gigi itu telah meninggalkan bahan komposit yang digunakan untuk melekatkan pendakap kepada gigi.

“Selain itu terdapat makanan yang terperangkap di bawahnya dan dia mengalami penyakit gusi,” katanya dalam satu temu bual telefon.

Dr. Manveen, yang mengamalkan rawatan pergigian selama lebih daripada 10 tahun dan ortodontik lebih daripada enam tahun berkata, beliau mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan komposit dari gigi gadis itu.

Beliau telah meminta ibu kepada pesakit berkenaan supaya membuat laporan polis tetapi gadis itu merasakan bahawa mereka turut bersalah kerana pergi mendapatkan rawatan pergigian yang murah.

Pesakit itu hampir kehilangan gigi kerana tidak ada ruang untuk giginya untuk bergerak.

“Gigi-giginya ditolak keluar dan anda boleh melihat sebahagian daripada akarnya dalam gusi.

“Jika dia meneruskan ‘rawatan’ yang dilakukannya, dia akan kehilangan gigi,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang daripada rakan-rakan pesakit itu telah membawanya ke motel untuk memasang pendakap gigi.

Dr. Manveen berkata golongan belia mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka yang mendapat banyak maklumat daripada media sosial.

Beliau berkata, pendakap gigi adalah alat yang digunakan oleh pakar ortodontik bagi menguatkan struktur gigi dan ia mesti dilakukan oleh doktor terlatih.

“Meminta seseorang itu memasang pendakap gigi adalah serius seperti menyuruh doktor membuang apendiks pesakit. Ia bukan sesuatu yang boleh diambil mudah,” katanya.

Dr. Manveen berkata terdapat dua isu membabitkan pendakap gigi.

Pertamanya ialah pendakap palsu yang boleh dibeli dalam talian dan berbahaya kerana sebahagian daripadanya mengandungi plumbum, manakala isu lain adalah pendakap gigi tulen dipasang oleh individu tidak bertauliah. – mStar Online

Tags: GIGIWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd