Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Pasar Raya Sertu Troli...

TINDAKAN seorang pelanggan di sebuah pasar raya meletakkan anjing peliharaannya di dalam troli...

5 Tan Abu Al-Quran...

GEORGE TOWN - Sebanyak lima tan abu daripada al-Quran yang dibakar, dilupuskan di...

Bajet 2016 Guna Kaedah...

KUALA LUMPUR - Bajet 2016 akan menggunakan kaedah pengurusan nilai bagi memastikan sasaran...

Isu sokong PM… Sabar...

Tunggu pagi 24 April, itu reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir...

Dasar Gaji Minimum Tak Mudarat Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Dasar gaji minimum bukan faktor yang merosakkan ekonomi Malaysia, kata Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh.

Beliau berkata polisi itu merupakan keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempunyai sistem ekonomi egalitarian bagi membolehkan perkongsian kekayaan dalam kalangan rakyat.

Beliau mengulas posting dalam blok wartawan veteran A. Kadir Jasin pada Ahad yang berkata polisi Najib seperti gaji minimum telah menyebabkan kerosakan dan kesengsaraan kepada rakyat.

“Sehingga kini tidak satu industri pun yang terjejas kerana polisi gaji minimum. Ia hanya taktik yang digunakan sektor perniagaan dan wakil masing-masing bagi menakutkan rakyat dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivarraajh berkata penguatkuasaan Akta Gaji Minimum memberi jutaan pekerja gaji yang adil yang mereka boleh memulangkannya semula untuk menghadapi kesukaran ekonomi.


Menyifatkan kenyataan Kadir “sebagai bodoh dan tidak konsisten dengan fakta”, beliau berkata Malaysia memerlukan polisi gaji minimum kerana secara tradisi perniagaan telah menekan gaji dan memeras pekerja.

“Majikan akan sentiasa mencari jalan untuk tidak membayar gaji lebih baik dan ini sebabnya kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang gaji minimum,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori