• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Diri Selepas Terlibat Kempen Cegah Bunuh Diri

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pemuda telah membunuh diri secara tragis selepas hanya beberapa minggu memuatnaik gambar di Facebook bagi meningkatkan kesedaran ramai mengenai penyakit mental dan bunuh diri.

Reece Rebetzke, 23, dari Mackay, Queensland, memuat gambar dirinya sedang tersenyum pada 22 Ogos lalu sebagai sebahagian daripada kempen mencegah bunuh diri melalui media sosial.

“Pembunuh terbesar bagi lelaki di bawah usia 45 tahun adalah membunuh diri. Pada 2014, 4623 lelaki mengambil nyawa sendiri. Iaitu 12 orang setiap hari. Seorang bagi setiap 2 jam. Mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa ia #itsokaytotalk (berbincang),’’ demikian tulis Reece.

Namun beberapa minggu selepas itu Reece membunuh diri di rumahnya dan mayatnya ditemui oleh kekasihnya, Vanessa Shelley.

Dalam pada itu, ibu saudaranya, Stacey Heath berkata, pada hari kejadian, dia menerima panggilan pada pukul 11 malam yang menyatakan bahawa Reece telah tiada.

Jelasnya tiada yang lebih meruntun hati apabila menyaksikan ibu bapa Reece dalam kesedihan.

“Saya menyaksikan ibu bapa dan datuk nenek Reece teresak-esak menangis mengenangkan darah daging mereka itu tidak bangun lagi. Reece sayangkan kekasihnya dan begitu mengagumi gadis berkenaan,’’ kata Stacey.

Menurutnya, kekasih Reece yang menghubungi 911 dan melakukan CPR ke atas pemuda berkenaan namun gagal menyelamatkannya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh dirilelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd