Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Menantu Zahid Turut Diambil...

PUTRAJAYA – Menantu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu...

Polis Siasat Kejadian Conteng...

SHAH ALAM - Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menconteng...

Polis Kesan Individu Hina...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu yang dipercayai memuat naik komen berunsur...

Sah Jadi Isteri lelaki...

TAHNIAH diucapkan pelakon dan model terkenal, Kavita Kaur Sidhu yang telah selamat bergelar...

27 IPT Sertai Kejohanan Sukan IPT Sabah 2016 UMS

KOTA KINABALU – Sebanyak 27 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negeri ini menyertai Kejohanan Sukan IPT Sabah 2016 yang berlangsung mulai hari sehingga esok di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata kejohanan yang julung kalinya dianjurkan itu bagi merebut piala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

“Antara sukan yang dipertandingkan pada kejohanan itu ialah futsal, sepak takraw, bola tampar, bola sepak, bola keranjang dan bola jaring,” katanya pada majlis perasmian kejohanan itu yang disempurnakan oleh Yap, di Stadium UMS di sini, hari ini.

Antara IPT yang menyertai kejohanan itu ialah UMS, Politeknik Kota Kinabalu, Institusi Perguruan Tawau, Kolej Vokasional Tawau, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Asian Tourism International College, Universiti Tekonologi Mara Kota Kinabalu, dan Asia Metro College Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Mohd Harun berkata untuk menganjurkan kejohanan itu pihaknya diberi kepercayaan dan dana daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk merealisasi kejohanan edisi pertama itu.
“Penganjuran ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang khususnya kepada pelajar IPT di Sabah untuk bersama-sama merasai suasana kejohanan besar seperti sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

“Walaupun kejohanan ini melibatkan penyertaan IPT di Sabah sahaja, namun ia juga merupakan platfrom untuk pemilihan atlet dalam menonjolkan bakat pelajar agar dapat diketengahkan di peringkat lebih tinggi,” tambahnya.


Sementara itu, ketika berucap merasmikan kejohanan itu Yap berkata penglibatan IPT dalam kejohanan sukan merupakan sumbangan besar dan perlu dihargai untuk mengharumkan IPT masing-masing dalam peningkatan mutu sukan di IPT berkenaan.

Beliau berkata selain itu temasya sukan mampu memperlihatkan pelbagai kaum dapat bergaul sesama atlet untuk memupuk perpaduan kesukanan.

“Oleh itu, saya sarankan agar semua atlet yang menyertai kejohanan ini dapat bersatu padu menjadi juara tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IPT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori