• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

oleh Mohd Arshad
19/08/2025
dalam Terkini
0
KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus jangka panjang di institusi pengajian tinggi (IPT), kata menterinya, Hannah Yeoh.

Beliau berkata ketika ini, usaha pembangunan bakat dalam industri e-sukan telah pun dimulakan menerusi kursus jangka masa pendek oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara.

“Selepas kemenangan pasukan Selangor Red Giants (SRG) yang membawa pulang ganjaran besar (dalam arena Mobile Legends: Bang Bang), ramai sudah mula melihat e-sukan sebagai satu kerjaya.

“…tetapi, kerisauan kita sebagai ibu bapa juga memang wujud, kerana ketagihan gajet satu masalah serius di Malaysia dan kita kena cari keseimbangan dalam perkara ini,” katanya menjawab celahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar), pada sesi penggulungan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi KBS di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Afnan Hamimi bertanyakan sama ada kementerian bersedia mempertimbang untuk mewujudkan ijazah e-sukan di universiti dalam tempoh lima tahun akan datang supaya ia dianggap sebagai bidang profesional, bukan hiburan semata-mata.

Hannah berkata kajian yang dijalankan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini mendedahkan wujudnya jurang psikologi dalam kalangan belia, khususnya dari aspek kesiapsiagaan mental yang memerlukan perhatian serius.

Beliau berkata kajian itu membuktikan pentingnya memastikan penglibatan belia dalam e-sukan tidak menjejaskan tumpuan akademik dan kesejahteraan sosial mereka.

Sementara itu, Hannah turut menjawab pertanyaan mengenai usaha KBS dalam menghubungkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kendaliannya, dengan perkembangan dan keperluan industri semasa seperti automotif.

Beliau berkata kementerian memang sedang mengambil langkah ke arah itu, namun cabaran utama adalah memastikan tenaga pengajar memiliki kepakaran yang sesuai dalam bidang berkenaan.

“Jadi kita sekarang sedang melancarkan projek perintis untuk institusi kita dulu untuk tengok dalam bidang sukan, bukan sahaja permotoran tetapi juga aviation sports yang sedang membangun menggunakan AI (kecerdasan buatan),” katanya.

Bernama-

Tags: e-sukanIPTKBSKPT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memotong peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM3.06 bilion...

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd