• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Seru UMNO Selangor Contohi Kesatuan Kelip-Kelip

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru anggota dan pemimpin UMNO di Selangor mencontohi kesatuan kelip-kelip sebagai dorongan untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada PKR.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun seekor kelip-kelip kecil hanya akan kelihatan di kejauhan sahaja tetapi apabila ratusan ribu atau jutaan kelip-kelip bersatu, ia akan mengeluarkan cahaya sangat terang dan memancar-mancar.

“Seperti di Selangor, jika kita satukan semua anggota dan pemimpin UMNO di seluruh negeri ini insya-Allah kita akan dapat merampas semula bumi Selangor untuk diberikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Maka semua anggota dan pemimpin UMNO wajib bertindak seperti kelip-kelip yang keluarkan banyak cahaya apabila bersatu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Datuk Ishak Haron.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO turut mengingatkan pemimpin parti di Selangor supaya tidak lupa daratan apabila sudah ada kedudukan.

“Bila Allah beri tanggungjawab pada kita, jangan lupa pada yang pernah beri sokongan pada kita. Bila ada peruntukan yang boleh diluluskan jangan tolong kaum keluarga atau sahabat sahaja tetapi bantu mereka yang memerlukan, itu tanggungjawab seorang pemimpin.

“Ubahlah minda untuk jadi pemimpin berjiwa rakyat. Tanam budaya terbaik dari segi politik dan jauhi politik sate yang suka ‘mencucuk dan mengipas’ serta politik ikan keli yang suka ‘mengeruhkan keadaan dari dalam parti’.

Bila Allah beri nikmat, jangan lupa diri,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd