• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Sistem Kawal Selia Pusat Tahfiz – IKRAM

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menggesa kerajaan menyediakan satu sistem kawal selia sebagai garis panduan ke atas pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikannya, Prof. Dr. Omar Yaakob (gambar) berkata, saranan itu dibuat berikutan beberapa insiden tidak diingini yang didakwa berlaku di beberapa pusat pengajian itu.

ikram
Dr. Omar Yaakob

“IKRAM memandang serius beberapa insiden yang dilaporkan melibatkan pusat tahfiz. Ini termasuk dakwaan penderaan seksual terhadap pelajar di sebuah pusat tahfiz di Ipoh, Perak.

“IKRAM menggesa kerajaan menyediakansistem kawal selia dan jaminan kualiti untuk meningkatkan kualiti dan standard dalam bidang berkenaan. Satu garis panduan perlu digubal bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media hari in.

Sebelum ini tersebar dakwaan di media sosial seorang pelajar pusat tahfiz di Ipoh didera secara seksual oleh pelajar lain.

Pengetuanya, Datuk Ustaz Kazim Elias dipetik berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan membuat laporan polis hari ini.

Omar seterusnya berkata, IKRAM prihatin tentang kualiti dan standard yang disediakan oleh pusat-pusat tahfiz termasuk falsafah pendidikan, kelayakan kepimpinan dan pendidik dan ciri keselamatan asrama.

Justeru, katanya, IKRAM bersedia berkongsi pengalaman dalam mengendalikan lebih 40 buah sekolah rendah dan menengah Islam serta maahad tahfiz di seluruh negara. – Mynewshub.cc

Tags: IKRAMtahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd