• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Jamin Lindungi Maklumat Peribadi Pelanggan

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mempunyai Kod Tataamalan yang dapat menjamin perlindungan data peribadi pelanggannnya.

TNB dalam kenyataannya berkata syarikat itu selaku peneraju, bersama-sama anak syarikatnya Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB), dapat menyiapkan kod itu dalam tempoh setahun.

Menurut TNB ia amat komited dalam melindungi semua data peribadi dan hak privasi setiap individu yang mempunyai hubungan kontraktual dengan syarikat itu.

“Dasar TNB adalah memproses data peribadi mengikut saluran undang-undang dan selaras dengan pelancaran Kod Tataamalan ini,” kata kenyataan TNB di sini, malam ini.

Kod Tataamalan berkenaan diluluskan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia mengikut peruntukan seksyen 23 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP).

Kod itu disediakan dalam bentuk buku setebal 58 muka surat dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan salinannya dipaparkan menerusi laman web Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia www.pdp.gov.my.

Pada masa ini, TNB mempunyai lebih 8.6 juta pelanggan, SESB (566,452) dan SEB (lebih daripada 600,000). – BERNAMA

Tags: TNB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd