• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artikel Berbaur Hasutan, Presiden ISMA Didenda

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Setelah menimbang hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabit dengan pertuduhan pilihan,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Abdullah Zaik dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minima kerana ini kali pertama anak guamnya disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.

“Pohon mahkamah mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai sembilan anak selain tidak melibatkan pertumpahan darah mahupun kekerasan jenayah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat kerana khuatir kenyataan hasutan jika berterusan akan menyebabkan kepincangan dalam masyarakat.

Abdullah Zaik didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan artikel berbaur hasutan bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan’ melalui laman webnya di Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 3 petang hingga 3.30 petang, 6 Mei 2014.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pada 16 Mei lepas, mahkamah sama melepaskan dan membebaskan Abdullah Zaik daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kedatangan kaum Cina dan British ke Tanah Melayu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. – BERNAMA

Tags: ISMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isma: Evangelist Di Belakang Gerakan Anti-Islam

20/01/2019
0

BONGKAR... Sikap agresif bukan Islam yang secara terbuka semakin berani cabar Islam bukan bersifat spontan, sebaliknya di belakang mereka wujud...

Mufti NS Sokong Kempen Malaysia Negara Islam

20/01/2019
0

SYUKUR... Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menjadi antara individu yang sokong petisyen Malaysia Negara Islam (MNI), kata penganjurnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd