• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isma: Evangelist Di Belakang Gerakan Anti-Islam

oleh
20/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Sikap agresif bukan Islam yang secara terbuka semakin berani cabar Islam bukan bersifat spontan, sebaliknya di belakang mereka wujud gerakan Kristian Evangelist.

Demikian tegas Pengerusi Kluster Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana tempatan, Ustaz Rushdan Abdul Halim kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, berbanding dahulu, bukan Islam di Malaysia tidak agresif seperti sekarang dalam menentang agama Persekutuan ini dan masih ada lagi sifat keharmonian.

“Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melalui elemen agama, terutama Kristian Evangelist yang pro-Israel, didapati sikap agresif terhadap agama Islam berubah menjadi teruk,” katanya.

Katanya, perkara itu turut menjadi perbincangan ketika beliau bertemu Mufti Terengganu, Datuk Dr. Haji Zulkifly Muda bagi menjayakan kempen ‘Malaysia Negara Islam’, Selasa lalu.

“Dalam pertemuan dengan Mufti Terengganu, ada dibincangkan bahawa sudah banyak kajian dibuat, mendapati kebejatan masa kini yang mencabar Islam, bukan bersifat spontan.”

Kata Rushdan, ada segelintir pihak yang menggunakan nama agama bagi mengaburi mata rakyat, dalam usaha menggerakkan agenda anti-Islam.

“Tiada keraguan lagi, bahawa serangan ke atas agama Islam – bukan sahaja di Malaysia tapi seluruh dunia – digerakkan menggunakan nama agama. Seperti disebut tadi, ia didalangi sayap Kristian Evangelist.

“Mereka juga digelar Kristian Zionis kerana keakraban puak terbabit dalam gerakan anti-Islam ini. Bagi kalangan penganut ideologi ekstremis itu, ada yang kini jadi ahli politik dengan pegang portfolio penting kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rushdan berkata, sokongan rakyat Terengganu terhadap kempen ‘Malaysia Negara Islam’ dapat dilihat jelas, terutama melalui kenyataan mufti negeri yang menyokong penuh usaha itu.

“Syukur kerana sejak kempen bermula, momentum dan sokongan di setiap negeri seluruh Malaysia dapat dirasakan, termasuk di Terengganu. Ini dapat dilihat melalui sokongan mufti Terengganu terhadap kempen ini, yang mana beliau menyatakan sokongan penuh.

“Mufti juga komited untuk membantu menyebarkan kempen agar lebih inklusif, supaya lebih ramai umat Islam tanah air bersemangat untuk mempertahankan status negara kita ini sebagai sebuah negara Islam,” katanya.

Pada 26 Disember lalu, Isma, sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menganjurkan kempen Malaysia Negara Islam, dengan matlamat memperkasa kedudukan Islam di tanah air.

Di samping itu, ia berperanan menolak usaha terancang pihak tertentu yang ingin mengubah landskap kenegaraan tanah air. Petisyen yang digerakkan itu, sehingga semalam berjaya mengumpul 68,520 tandatangan.

Jumlah itu sudah menghampiri sasaran awal 75,000 tandatangan. Orang ramai boleh menyokong usaha ini dengan melayari platform laman web change.org.

Kemuncak kempen yang akan berlangsung selama lima bulan itu, ialah pengumpulan satu juta tandatangan umat Islam seluruh negara, untuk diserahkan bersama memorandum pernyataan hasrat rakyat, bahawa Malaysia mesti dipertahankan sebagai negara Islam, kepada Yang di-Pertuan Agong. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: EvangelistISMAKristian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Sambut Good Friday

18/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang beragama Kristian akan diberikan cuti tanpa rekod esok, sempena perayaan Good Friday. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd