• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selesai Siasatan Fasa Pertama 1MDB – Khalid

oleh Ahmad Albab
19/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlandaskan lima syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan itu merangkumi penelitian dokumen dan merakam keterangan individu terlibat di dalam negara.

Ditanya sama ada siasatan 1MDB selesai dibincangkan di Jabatan Peguam Negara, Khalid berkata polis masih belum selesai berbincang mengenai tindakan selanjutnya.

“Saya menjangka perbincangan ini akan diselesaikan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

“Insya-Allah, kami akan memberi taklimat kepada Jabatan Peguam Negara tentang hasil siasatan fasa pertama berkenaan 1MDB. Ini berikutan siasatan yang dijalankan memakan masa panjang kerana banyak dokumen tebal yang perlu diteliti,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini.

Ditanya sama ada polis telah memulakan fasa siasatan kedua 1MDB iaitu menghantar pegawai mengambil keterangan daripada orang terlibat yang berada di luar negara, Khalid berkata perkara itu belum dilakukan.

“Pasukan polis terlibat (untuk dihantar ke luar negara) telah ada dan ‘on stand by’. Bila sudah dapat arahan, barulah siasatan fasa kedua bermula,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBkhalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd