Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Gaduh Ala KL...

AMPANG - Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Hospital Ampang,...

Sudah 57 Tahun, Hari-Hari...

JAKARTA - Slamet Hari Natal, bukanlah sekadar ucapan bersempena sambutan Hari Krismas di...

BAM Percaya Kes Chong...

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya kes pendengaran isu dadah Datuk Lee...

PM Bazir Duit Rakyat...

BOROS... Ketika Yang di-Pertuan Agong sendiri sanggup membatalkan majlis rumah terbuka di Istana...

Permohonan Parol Pembunuh Lennon Ditolak Buat Kali Ke-9

PERMOHONAN parol yang dimohon pembunuh ahli kumpulan lagenda The Beatles, John Lennon telah ditolak oleh pihak mahkamah, semalam.

Susulan keputusan itu, Mark David Chapman; 61, akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dalam penjara Erie County, New York selepas permohonan kali kesembilannya itu ditolak.

Chapman, yang merupakan peminat fanatik The Beatles, didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian Lennon dengan menembaknya ketika penyanyi itu berada di bawah bangunan apartmennya di Manhattan, Upper West Side pada 8 Disember 1980.

Berikutan kesalahan itu, Chapman telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun atas dakwaan membunuh tahap dua.

Permohonan Parol Pembunuh Lennon Ditolak Buat Kali Ke-9

Permohonan parolnya telah dilakukan setiap dua tahun sejak 16 tahun lalu.


Menurut Jabatan Parol New York mereka mempunyai sebab munasabah tidak meluluskan parol Chapman.

“Berdasarkan temubual dan rekod anda, kami dapati dengan pembebasan anda ianya mungkin membawa masalah kepada masyarakat setempat selain memandang serius terhadap jenayah yang dilakukan anda,” tulis jabatan tersebut.

Chapman akan kembali menagih sebutan parol pada Ogos 2018. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori