Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Logo Baharu Tahun Melawat...

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini melancarkan logo baharu...

Waris Mangsa Penerbangan MH370...

BERA - Bapa kepada salah seorang mangsa Penerbangan MAS MH370, Selamat Omar, 62,...

3 Beranak Rentung Kereta...

KUDAT - Tiga beranak rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan...

2 Suspek Bunuh Kucing...

KUALA LUMPUR ā€“ Reman terhadap dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh...

Perkasa Usaha Wakaf Bagi Terokai Potensinya

KUALA LUMPUR – Usaha pembangunan wakaf di negara ini perlu terus diperkasakan bagi memastikan potensi dan kehebatannya dapat diterokai dengan semaksima mungkin dalam membantu mengukuhkan sosio-ekonomi masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejarah membuktikan wakaf memainkan peranan penting dalam membina kejayaan sesebuah tamadun bermula sejak zaman Rasulullah SAW hingga zaman kerajaan Turki Uthmaniyah.

“Sebagai contoh, zaman Bani Abbasiyah dan Umaiyyah menunjukkan perkembangan wakaf yang luar biasa, di mana pengagihan dan penyaluran wakaf bukan sekadar kepada bantuan untuk fakir miskin dan berbentuk kebajikan, malah diperluaskan kepada pembinaan rumah-rumah ibadah, pusat pendidikan, penempatan umum dan prasarana kesihatan.

“Wakaf mampu meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat dan pelengkap kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Pembudayaan Wakaf Peringkat Wilayah Persekutuan 2016 anjuran Yayasan Waqaf Malaysia dan Pusat Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini.


Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Datuk Dr Sudin Haron.

Asyraf Wajdi berkata sehingga kini, terdapat 335 pewakaf di Wilayah Persekutuan yang membuat sumbangan wakaf tetap bulanan melalui potongan gaji kepada Yayasan Wakaf Malaysia dengan melibatkan 117 jabatan.

Dalam pada itu, Dr Sudin berkata seminar bertemakan ‘Wakaf, Untung Dunia Untung Akhirat’ itu, bertujuan memberi penekanan kepada masyarakat mengenai Fiqh Wakaf iaitu kefahaman kepada makna sebenar ibadah wakaf, hikmah dan potensi wakaf sebagai satu daripada sumber kekuatan ekonomi umat Islam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori