• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh Nenek

oleh Ahmad Albab
18/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh neneknya di Felda Penggeli Timur, di sini, awal bulan ini.

Muhamad Hafizie Azmee, 19, dituduh membunuh Maimon Abdul Samad, 76, di sebuah rumah di Jalan Biru 1, Felda Penggeli Timur, antara 6 pagi dan 6.30 petang, 9 Ogos lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Muhamad Hafizie yang kelihatan tenang, mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafiuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Sept depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Mahkamah turut membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya supaya tertuduh dirujuk ke pakar psikiatri Hospital Permai di Johor Baharu bagi memastikannya sempurna akal sebelum dibicarakan. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd