• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Niat Bantu Ambil Beg Rakan

oleh AK-47
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gara-gara mahu membantu rakan, seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15 tahun, maut selepas cuba mengambil beg rakannya yang berada di tepian bangunan berdekatan kelasnya.

Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Niat Bantu Ambil Beg Rakan

Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Niat Bantu Ambil Beg Rakan

Difahamkan, beg rakannya itu dibuang ke luar tingkap oleh seorang rakan lain dan mangsa keluar dari besi penghadang untuk mengambil beg tersebut.

Ketika keluar dari besi penghadang itu, mangsa hilang kawalan dan gagal mengimbangi diri lalu terjatuh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Polis kini sedang mengenal pasti rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Niat Bantu Ambil Beg Rakan

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa melalui akaun Facebooknya hari ini.

“Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Azim Hakimi bin Abu Shuja dari SMK Presint 9 (2) yang telah meninggal dunia kerana terjatuh dari bangunan sekolah pagi tadi. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak JPN dan polis,” katanya dalam posting hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak sekolahjatuh bangunanpelajarPutrajaya
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd