• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Kanada Pecah Rekod Gol Terpantas Olimpik

oleh AK-47
05/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Permulaan yang gemilang ditunjukkan pasukan bola sepak wanita Kanada di Sukan Olimpik 2016 di sini dalam aksi perlawanan pertama peringkat Kumpulan F.

Pemenang pingat gangsa Olimpik 2012 di London itu menang ke atas Australia 2-0. Bukan itu sahaja, pemain Janine Beckie berjaya menjaringkan gol terpantas dalam Olimpik iaitu dalam masa hanya 20 saat selepas wisel permulaan.

Dia yang berusia 21 tahun, berjaya memanfaatkan peluang ketika berada dalam kotak penalti setelah mendapat umpanan daripada rakannya, pemain sayap kanan Christine Sinclair untuk melepasi benteng pertahanan Australia.

Sinclair juga menjaringkan gol kedua untuk Kanada. Sekadar rekod, gol terpantas dicatatkan dalam sejarah ialah 2.2 saat yang dijaringkan Nawaf Al Abed pada 2010 ketika pasukannya, Al Hilal menewaskan Al Shoalah dengan 4-0.

Di peringkat Piala UEFA pula, gol paling pantas direkodkan ialah 9 saat oleh Davide Gualtieri yang mewakili San Marino ketika pasukannya bertemu England pada 1994 dalam Kumpulan 2.

Manakala di peringkat Piala Dunia FIFA, gol terpantas pernah dilakar oleh pemain Turki, Hakan Sukur ketika negaranya menentang Korea Selatan pada 2002 lalu iaitu 11 saat.

Pemain Kanada Pecah Rekod Gol Terpantas Olimpik

Beckie menjaringkan gol ke-11 untuk penampilan ke-22 mewakili pasukan kebangsaan itu. Dalam perlawanan menentang Australia, Beckie mendapat tendangan penalti tetapi ditepis penjaga gol Australia, Lydia Williams.

Malangnya, kemenangan Kanada menerima ‘ucapan tahniah’ dengan kad merah dilayangkan kepada Shelina Zadorsky. Pemain tengah Kanada itu melakukan pelanggaran kasar terhadap pemain Australia, Michelle Heyman.

Pasukan Kanada akan turun untuk perlawanan kedua menentang pasukan lemah iaitu Zimbabwe, Sabtu ini manakala Australia pula akan melawan Jerman, pada hari yang sama.

Pasukan wanita Jerman sendiri menang besar ketika berdepan Zimbabwe dalam perlawanan pertama mereka apabila menumbangkan lawan dengan kemenangan 6-1. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakpemain bola sepaksukan olimpikWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd