• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Harap K’jaan Persekutuan Lulus Jambatan Ke-3

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu meneruskan cadangan pembinaan jambatan ketiga dan berharap kerajaan persekutuan memberi kelulusan selepas kajian kemungkinan siap diadakan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kajian yang sudah menelan kos kira-kira RM305 juta dijadual siap awal tahun depan dan kini 83 peratus siap.

“Kajian itu meliputi kawasan yang luas dan projek itu berupa projek mega, oleh itu ia mengambil masa yang lama untuk melengkapkan kajian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun cadangan jambatan itu dikemukakan untuk menghubungi kawasan pulau dan tanah besar, namun kerajaan negeri tidak memansuhkan idea projek terowong bawah laut.

“Projek terowong bawah laut akan diteruskan sekiranya kerajaan persekutuan menolak projek jambatan ketiga, kerana projek terowong bawah laut tidak memerlukan kelulusan kerajaan persekutuan,” katanya.

Lim berkata projek jambatan ketiga tidak akan dilaksanakan dengan segera tetapi hanya akan dilaksanakan pada 2027 kerana pada ketika itu semua laluan perhubungan sedia ada akan menjadi sesak.

Beliau juga menegaskan jambatan ketiga tidak akan dikenakan bayaran tol kerana pembinaannya kurang dua kali ganda daripada kos keseluruhan terowong bawah laut, yang memaksa kerajaan negeri melaksanakan konsesi tol selama 30 tahun bagi terowong bawah laut.

Pada Khamis lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof menghantar surat kepada Lim dengan menyatakan tidak logik mengenakan tol bagi jambatan ketiga kerana kos keseluruhan pembinaan projek itu bernilai RM6.314 bilion.

Beliau juga berkata tidak boleh diterima untuk kerajaan meluluskan projek bernilai bilion ringgit berdasarkan hanya dua muka surat dokumen tanpa disokong dengan dokumen berkaitan yang lain seperti pemetaan aliran trafik di kedua-dua kawasan.

“Perbincangan mengenai jambatan ketiga dianggap telah ditutup sehingga kerajaan negeri bersedia untuk memberi kerjasama serta mengemukakan bersama laporan kajian kemungkinan kepada kami (kementerian),” kata Fadilah. – BERNAMA

Tags: KerajaanKerajaan Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd