• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

`Netizen’ Gesa Kerajaan Haramkan Sukan Bola Sepak

oleh AK-47
07/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebilangan netizen menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama negara ini mengharamkan penganjuran sukan bola sepak di Malaysia berikutan kekecohan di Stadium Ipoh, Perak malam tadi.

Rata-rata mereka berpandangan sukan bola sepak harus diharamkan di negara ini kerana mengundang terlalu banyak perbalahan dan pecah belah dalam kalangan masyarakat terutama umat Islam.

Pemilik akaun Facebook Duck Hideki berkata, Liga Malaysia sejak kebelakangan ini telah banyak kali menyebabkan pergaduhan dan keruntuhan akhlak sesama umat Islam di negara ini.

“Pecah bas, bakar ambulans. Patut diharamkan untuk memelihara kesatuan umat,” tegasnya melalui ruangan komen berhubung berita insiden itu.

Seorang lagi netizen menggunakan akaun Muhd Azreel berkata, jika pihak berkuasa agama mengharamkan permainan pokemon go maka bola sepak lebih perlu diharamkan kerana mengundang perpecahan.

“Betul jugak tu.. Pokemon Go boleh je diharamkan… bola takkan tak haram pulak… lagi teruk bola sepak ni dari Pokemon Go tu,” kata pemilik akaun Facebook NorHisyam Ros menyokong saranan itu.

Lockon Stratos pula berkata, bola sepak memecahkan perpaduan umat Islam kerana mereka saling bergaduh semata-mata sukan itu.

Degeneration Gab menyifatkan mereka yang bergaduh kerana bola sepak adalah golongan yang bodoh dan mendesak supaya sukan itu diharamkan di Malaysia.

Baca: Penyokong JDT Laung Slogan Provokasi, Cetus Pergaduhan

Insiden pergaduhan diantara penyokong dalam Liga Malaysia berulang malam tadi selepas pasukan Perak ditumpaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 di Stadium Ipoh.

Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh berhubung punca kekecohan yang menyebabkan beberapa penyokong bola sepak dan petugas media mengalami kecederaan akibat dibaling dengan objek keras.

Sebelum ini pergaduhan dalam kalangan penyokong turut berlaku sewaktu Liga Malaysia musim ini berlangsung menyaksikan sebilangan penonton mengalami kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakJDTPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd