• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mary Jane’, ‘Cik Putih’ Antara Nama Promosi Jalanan Dadah

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Mary Jane’, ‘Cik Putih’, ‘butterfly’ ini adalah antara nama jalanan untuk pelbagai jenis dadah yang boleh dipesan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyasarkan pelajar sekolah dan kolej di ibu negara.

Malah sindiket pengedaran dadah itu yang mempunyai kumpulan WhatsApp mereka sendiri turut menggunakan konsep pemasaran pelbagai peringkat (MLM) untuk ‘ejen’ mereka mengaut keuntungan dengan memperoleh dadah dengan harga istimewa jika memasarkannya kepada rangkaian besar.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Hanizar Tengku Awang berkata risikan pihaknya mendapati bekalan dadah itu akan dihantar anggota sindiket ke alamat yang diberikan pelanggan dan transaksi dibuat secara tunai.

Menurutnya antara nama jalanan dadah yang dikenal pasti ialah ‘butterfly’, ‘playboy’ untuk ecstacy; ‘weed’, ‘sayur’, ‘pot’, ‘Mary Jane’, ‘roach’, ‘blunt’ bagi ganja; ‘snow’, ‘blow’ ‘toot’ untuk kokain dan ‘fit’ ‘fun’, ‘Cik Putih’ bagi heroin.

“Nama jalanan itu digunakan untuk mengaburi mata orang lain dan mengelak aktiviti mereka daripada dikesan.

“Misalnya, jika seseorang itu menerima bungkusan bertulis ‘Mary Jane’ atau berkomunikasi dengan sindiket menggunakan nama jalanan spesifik, sudah tentu sukar untuk ahli keluarga ‘menghidu’ kegiatan individu itu,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Selain pelajar, pengunjung kelab hiburan merupakan antara mereka yang berada dalam kumpulan WhatsApp itu yang menggunakan media sosial berkenaan sebagai platfom untuk menempah dadah yang diingini.

Tengku Hanizar berkata jika pembeli mempromosikan dadah berkenaan dalam kalangan rakan masing-masing, mereka akan mendapat bekalan pada harga istimewa daripada pembekal, misalnya 10 gram ganja boleh diperoleh dengan harga RM50.

Jelasnya gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah di ibu kota sememangnya semakin membimbangkan dengan jumlah pelajar dikesan positif dadah tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

Menurut Tengku Hanizar, setakat Januari hingga Julai tahun ini, seramai 72 pelajar sekolah menengah dikesan positif dadah dengan 60 daripadanya positif ganja di Kuala Lumpur.

Statistik tahun lepas pula menunjukkan 48 pelajar dikesan positif dadah dengan 44 positif ganja.

“Setakat Januari hingga Julai tahun ini, AADK telah menjalankan saringan air kencing terhadap 2,575 pelajar dari 100 sekolah yang membabitkan empat daerah iaitu Cheras, Dang Wangi, Brickfields dan Sentul.

“Kebiasannya, kami akan melakukan ujian air kencing terhadap pelajar yang berisiko tinggi seperti yang mempunyai masalah disiplin, ponteng, merokok dan lemah dalam akademik,” katanya.

Beliau berkata antara alasan yang sering digunakan pelajar yang terlibat dengan dadah adalah terpengaruh dengan rakan sebaya, perasaan ingin mencuba dan tekanan emosi.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelbagai program dijalankan pihaknya bagi memberi kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah iaitu kem SHIELD (Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya), manakala Program Intelek Asuhan Rohani (Program Pintar 2.0) disasarkan kepada murid sekolah rendah.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan, perubahan sikap atau fizikal anak mereka selain memeriksa telefon bimbit anak masing-masing dan penggunaan media sosial bagi memastikan anak-anak tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang memudaratkan masa depan mereka. – BERNAMA

Tags: kes dadahwhatsapp
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd