• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Yakin Kemahiran Lulusan ILP Tempatan

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kira-kira 87 peratus majikan di negara ini yakin dengan prestasi dan kemahiran lulusan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Sumber Manusia pada tahun lepas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata pada tahun lepas juga kira-kira 92.7 peratus lulusan terbabit telah ditawarkan kerja.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis konvokesyen Institut Latihan Perindustrian (Zon Barat), Jabatan Sumber Manusia kali ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini hari ini.

Kira-kira 345 graduan Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan dan Miri dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Bintulu menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis itu.

Riot mengulangi bahawa pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) akan terus menjadi strategi amat penting bagi kerajaan untuk mencapai status negara maju.

“Pekerja mahir dilihat mampu menyumbang untuk meningkatkan produktiviti, inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Oleh itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan menyasarkan 60 peratus peluang kerja menjelang 2020 di negara ini adalah berasaskan kemahiran TVET,” katanya.

Riot berkata kini terdapat 32 institut latihan di seluruh negara di bawah Jabatan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

“Di Sarawak, terdapat pusat latihan teknologi tinggi di Bintulu dan dua pusat latihan perindustrian di Miri dan Kota Samarahan. Akan diwujudkan pusat latihan perindustrian di Serian tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya terdapat potensi luas bagi mereka yang mengikuti pendidikan teknikal atau latihan khususnya di Sarawak berikutan pada tahun lepas nilai pelaburan domestik dan asing mencecah RM11.8 bilion.

“Menjelang 2030 dengan lebih banyak pelaburan masuk dan khususnya di koridor pembangunan negeri ini iaitu SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak), kira-kira 1.6 pekerja dengan kemahiran teknikal akan diperlukan.

“Saya berharap para lulusan (TVET) akan memanfaatkan peluang ini di samping berusaha meningkatkan kelayakan akademik dan kemahiran mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: majikanRichard Riot Jaem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd