Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

PSP Bukti Program Subsidi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pengumuman...

Video: 8 Cara Sambut...

DIAM tidak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan melabuhkan tirainya seterusnya...

Peruntukkan RM250 Juta Baik...

ALOR SETAR - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM250 juta untuk membaik pulih rumah nelayan...

Rohingya: Timbalan Ketua Pemuda...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul...

Lelaki Tertua Di Dunia Sudah Bersedia Untuk Mati

MUNGKIN disebabkan usia yang semakin lanjut membuatkan seorang lelaki yang dipercayai  lelaki tertua di dunia sudah membuat persediaan bagi menghadapi kematian.

Mirror.co.uk dalam laporannya berkata, Sodimejo atau dikenali sebagai Mbah Gotho yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah,  ini sudah berusia 145 tahun selepas pendedahan pegawai Indonesia baru-baru ini.

“Saya hanya mahu mati. Cucu saya sudah boleh berdikari,” kata Mbah.

Lelaki Tertua Di Dunia Sudah Bersedia Untuk Mati

Dia yang dilahirkan pada 31 Disember 1870 itu sudah mempersiapkan diri sejak berusia 122 tahun lagi dengan menempah batu nisan pada tahun 1992 dan menyediakan tempat perkuburan yang berdekatan dengan anak-anaknya.

Sepuluh orang adik beradiknya sudah meninggal dunia termasuk empat isterinya yang terakhir sekali meninggal dunia pada 1988.

Semua anaknya juga sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama cucu dan cicitnya.


Mbah kini lebih gemar mendengar radio selepas penglihatannya kurang jelas apabila menonton televisyen.

Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, Mbah semakin lemah dan memerlukan bantuan cucu dan cicitnya untuk makan dan mandi.

Jika tarikh kelahirannya itu adalah benar seperti didakwa, Mbah Gotho akan diiktiraf sebagai manusia tertua yang kini rekodnya dipegang oleh seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang berusia 122 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori