• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Kucing Terbiar Bebas Di Penjara

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penjara Ayer Molek berusia 133 tahun di ibu negeri Johor yang pernah menempatkan ramai penjenayah terkenal kini menjadi rumah kepada kucing terbiar.

Mamalia berkenaan berkeliaran di kawasan penjara yang terletak atas sebidang tanah seluas 1.8 hektar selepas operasi penjara tersebut ditutup pada tahun 2005 lalu.

Terletak di pusat bandar, ia dijadualkan untuk dibangunkan semula. Namun blok penjara lama itu menjadi tempat perlindungan haiwan berkenaan.

Mereka diberi makan oleh kakitangan penjara yang berada di sebuah pusat tahanan bersebelahan.

Berita mengenai kucing itu timbul selepas seseorang yang mendakwa menjadi pekerja penjara memuat naik posting di Facebook merayu orang ramai untuk mengambil lebih 200 kucing tersebut kerana kakitangan sudah berpindah dan mereka kekurangan makanan.

Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa paket makanan kucing dan makanan dalam tin ditinggalkan di pos keselamatan di pintu masuk penjara.

Seorang pegawai penjara yang enggan dikenali berkata, kakitangan di situ telah menjaga kebajikan haiwan berkenaan sejak penjara ditutup 11 tahun yang lalu.

“Sekarang hanya tinggal segelintir kakitangan kerana pusat reman itu dipindahkan pada akhir bulan lalu,” katanya.

Tambahnya, kucing-kucing berkenaan telah dijaga dengan baik kerana mereka diberi makan tiga kali sehari.

Pegawai itu berkata kakitangan juga menerima sumbangan dalam bentuk makanan kucing daripada orang ramai, sambil menambah bahawa orang ramai telah dilarang daripada memasuki kawasan penjara untuk memberi makan kepada kucing atas sebab-sebab keselamatan.

“Kami tidak ada rancangan untuk membolehkan orang ramai mengambil kucing-kucing ini. Kami akan terus memberi mereka makan. Mereka yang berminat untuk menderma boleh meninggalkan makanan di pos pengawal,” katanya.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai sama ada untuk membenarkan orang ramai atau NGO untuk mengambil kucing-kucing di sini akan ditunda sehingga kompleks penjara itu telah diserahkan secara rasmi kepada kerajaan negeri. – mStar Online

Tags: kucingPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd