• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Aktifkan Bilik Gerakan Pantau Jerebu

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan mengaktifkan bilik gerakan kecemasan sejak dua hari lepas bagi memantau keadaan jerebu terutama di kawasan sekolah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi tujuan itu.

“Setakat ini tiada apa-apa lagi (jerebu)…indeks (Indeks Pencemaran Udara) semakin meningkat tapi tak berapa jelas menunjukkan (memberi) apa-apa kesan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Kota Baharu kali ke-22 di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Kota Baharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor sebagai berkata beliau akan memaklumkan kepada negara jiran Indonesia mengenai kebakaran tanah serta hutan di Sumatera tengah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan di beberapa kawasan di Malaysia.

Selasa lepas, jerebu kembali melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan titik panas terus meningkat di Indonesia.

Ditanya mengenai penutupan sekolah jika masalah jerebu semakin serius, Mahdzir berkata ia bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kementerian itu berhubung sesuatu bencana.

“Ada tatacara dan peraturan sama ada tutup atau tak tutup (sesebuah sekolah yang dilanda jerebu). Ini kira jauh lagi (daripada jerebu serius) dan masih awal lagi (untuk tutup sekolah),” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Mahdzir berkata hampir 60 dekad kemerdekaan negara, pelbagai kejayaan telah dikecapi terutama membabitkan bidang pendidikan khususnya bagi masyarakat yang tinggal di luar bandar.

Beliau berkata kejayaan yang dikecapi itu hasil perpaduan antara kaum dan sikap taat kepada pemimpin serta tidak membuat sesuatu yang boleh menghuru-harakan negara. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd