• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

oleh Mynewshub
26/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kesihatan diri serta keluarga susulan keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Menurut beliau, keadaan jerebu ketika ini dijangka berterusan dalam tempoh Monsun Barat Daya yang membawa cuaca lebih kering dan kurang hujan.

Justeru, Ahmad Zahid menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa serta mengurangkan aktiviti fizikal di luar apabila kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

“Sentiasalah memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa, kurangkan aktiviti fizikal di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan gunakan pelitup muka yang sesuai sekiranya perlu berada di luar.

“Pastikan juga kita minum air secukupnya dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom yang semakin teruk,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Ahmad Zahid turut meminta perhatian khusus diberikan kepada golongan yang lebih berisiko termasuk warga emas, kanak-kanak, ibu hamil serta mereka yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru.

Menurutnya, dalam keadaan jerebu seperti sekarang, langkah pencegahan yang mudah mampu membantu mengurangkan risiko terhadap kesihatan.

“Dalam keadaan sebegini, langkah pencegahan yang mudah boleh membantu mengurangkan risiko terhadap kesihatan,” katanya.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini yang sahih. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Zahid Hamidi

 

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiJerebuTimbalan Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Ucap Terima Kasih Kepada Akmal Saleh Sempena Ulang Tahun ke-77 Pemuda UMNO

Zahid Ucap Terima Kasih Kepada Akmal Saleh Sempena Ulang Tahun ke-77 Pemuda UMNO

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO perlu memastikan parti itu terus relevan dan mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu, seiring dengan...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd