• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kibar Jalur Gemilang Bukan Hanya Semasa Bulan Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Bagi sesetengah individu mengibarkan Jalur Gemilang adalah tugas yang perlu dilaksanakan pada setiap bulan Ogos bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Namun, berbeza buat seorang pengusaha bubur di sini, Badri Hamzah, 53, yang menggantung bendera negeri Perak dan Jalur Gemilang di premisnya sepanjang masa demi kerana kasih serta sayang terhadap tanah air.

“Bukan bulan Ogos sahaja, saya tetap gantung bendera negeri Perak dan Malaysia di kedai saya, pelanggan saya akan tahu bila saya pacak bendera di keliling kedai, bermakna kedai saya telah dibuka.

“Saya buat ini kerana perasaan kasih dan sayang kepada pejuang terdahulu dalam memberikan kemerdekaan kepada setiap rakyat negara ini,” katanya ketika ditemui Bernama di Kedai Bubur Perak, di Titi Gantung, Bota baru-baru ini.

Bagaimanapun, Badri berkata pada bulan Ogos beliau akan menambah jumlah Jalur Gemilang di kedainya untuk memeriahkan serta menyemarakkan lagi bulan kebangsaan ini.

Pengusaha bubur itu menyifatkan langkah mengibarkan bendera di kedainya merupakan satu-satunya usaha yang mampu dilakukan bagi menyatakan rasa kasih dan sayang kepada tanah air.

“Kini hampir setiap sudut kedai, saya gantung bendera Malaysia, nak dekorasi dengan gambar-gambar mahal saya tak mampu jadi ini sahajalah yang mampu saya lakukan,” katanya.

Badri menarik perhatian bahawa sempena bulan kebangsaan ini beliau mencipta bubur yang mengandungi warna-warna bendera Perak iaiatu kuning, putih dan hitam.

“Bubur ini saya hasilkan dengan campuran bubur jagung, bubur gandum dan bubur pulut hitam yang seakan-akan menyamai warna bendera Perak,” katanya. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd