• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng RM15 Juta: SPRM Soal Siasat Jeneral Bersara

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berkaitan kes penyelewengan bernilai RM15 juta.

Lelaki berusia 65 tahun itu akan menjadi individu kedua dari institusi kewangan yang sama dipanggil oleh SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan itu.

Pengarah Urusan bank tersebut yang berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain pada Khamis.

Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000 salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.

Sumber berkata beberapa bank akaun berjumlah kira-kira RM10 juta dibekukan SPRM berhubung kes itu.

Seorang lagi sumber memberitahu The Star, SPRM mengesyaki beberapa individu bekerjasama untuk menggelapkan wang tersebut.

“SPRM juga sedang mengesan dalang kes ini,” kata sumber itu.

Seorang jurucakap SPRM berkata perintah reman terhadap lima suspek termasuk pengarah urusan itu dilanjutkan selama dua hari sehingga Selasa ini.

SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.

Dia turut direman sehingga 2 September ini.

Enam suspek ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kedudukan.

Ketika dihubungi, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan yang dibuat pada Sabtu.

Dalam kes berasingan, SPRM turut membekukan 17 akaun bank berjumlah RM5.5 juta berhubung penyalahgunaan kuasa dalam projek saluran paip minyak bernilai jutaan ringgit.

Suruhanjaya itu turut merampas sebuah rumah teres, beberapa kenderaan mewah termasuk empat Rolls-Royce, sebuah Ferrari dan Toyota, selain dua motosikal.

Sumber berkata lapan individu termasuk tiga wanita ditahan pada Jumaat lalu.

Perintah reman terhadap semua suspek akan berakhir esok.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat minyak dan gas didakwa menerima rasuah daripada sub kontraktor untuk melantiknya dan meluluskan invois palsu bagi projek bernilai RM76 juta itu. – The Star/mStar Online

Tags: JeneralSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd