• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K.Lumpur Maklumkan Jakarta Jerebu Kini Landa Malaysia

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memaklumkan kepada negara jiran Indonesia mengenai kebakaran tanah serta hutan di Sumatera tengah telah menyebabkan jerebu rentas sempadan ke beberapa kawasan di Malaysia.

Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau akan mengutus surat secara rasmi kepada rakan sejawatanya Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr. Siti Nurbaya Bakar untuk memaklumkan tentang perkara berkenaan.

“Kita akan maklumkan kepada menteri berkenaan bahawa kita telah melihat jerebu ini sampai ke beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa peringkat kebangsaan 2016 di Kuala Sepetang di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata walaupun negara jiran bertindak pantas dalam memadam kebakaran hutan, namun asap daripada pembakaran tersebut tidak dapat dielak daripada menyebabkan jerebu.

“Sekarang, mereka cepat (memadam kebakaran) bila mendapat indikator ada kebakaran, tidak seperti dulu dan ini menunjukkan ia melaksanakan apa yang dijanjikan,” katanya sambil menambah jerebu yang melanda sekarang belum pada tahap berbahaya.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 3 petang tadi, sebanyak 33 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, berbahaya. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Budak Mangsa Culik Dihumban Dalam Gaung

Next Post

Pak Belang ‘Lindung’ Penjaga Zoo Diterkam Harimau Bintang

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

Next Post

Pak Belang 'Lindung' Penjaga Zoo Diterkam Harimau Bintang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd