• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Harap Pandelela Tidak Tertekan

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa Pandelela Rinong tidak mahu ratu terjun negara itu tertekan menjelang aksinya dalam acara 10m platform individu di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 18 Ogos ini.

Pamg Joheng dan Hartini Lamim akan berlepas ke Rio malam ini bagi memberi sokongan dan menyaksikan terjunan atlet yang baru sahaja meyumbang pingat pertama negara dalam acara 10m platform seirama pada hari keempat temasya berprestij itu berlangsung.

“Harapan kami agar Pandelela membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik pertama buat negara dan dirinya kali ini tapi kami tidak mahu dia tertekan dan boleh menjejaskan aksinya nanti,” kata Hartini ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Hartini, 48, yang turut merasakan debaran anak gadisnya itu berharap Pandelela tidak melakukan kesilapan ketara ketika membuat terjunan di Pusat Akuatik Maria Lenk nanti.

Sementara itu, Pamg, 50, mahu Pandelela terus fokus dan menganggap terjunan pada 18 Ogos itu sebahagian daripada sesi latihan hariannya agar beliau tidak berasa gementar dan cemas.

“Harap dengan kehadiran kami di Rio, Pandelela lebih yakin untuk beraksi dan membuat terjunan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, pada temasya 2012 di London, Pandelela meraih pingat gangsa acara kegemarannya itu dan muncul atlet wanita negara pertama yang meraih pingat di Sukan Olimpik. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

Tunku Mahkota Ismail Zahir Ucapan Selamat Hari Ibu

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu menerusi satu hantaran di media sosial...

Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Hari Ibu

Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Hari Ibu

10/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd