• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah mempertahankan tindakannya membantu menyelesaikan isu tunggakan cukai dan penalti yang dihadapi persatuan nelayan tempatan.

Menurutnya, persatuan berkenaan berdepan masalah kewangan serius sehingga berada dalam keadaan tenat, sekali gus memerlukan perhatian bagi memastikan kebajikan ahli terus terpelihara.

“Pengurus besar memaklumkan ada masalah penalti. Mereka sudah menunjukkan komitmen membayar tunggakan cukai daripada RM399,000 sehingga berbaki RM10,000 sahaja.

“Jadi, mereka meminta kita membantu menyuarakan perkara ini kepada pihak atasan supaya penalti berkenaan dapat dikecualikan,” katanya kepada pemberita.

Mukhlis Mubin berkata, beliau membesar dengan menyaksikan kegemilangan persatuan nelayan di kawasannya yang suatu ketika dahulu mempunyai kedai runcit dan pasar yang maju.

Namun, katanya, keadaan persatuan itu semakin merosot sehingga menghadapi kesulitan kewangan.

“Sebagai anak tempatan, kita mahu buat sesuatu yang baik supaya orang sini mendapat nikmat dan manfaatnya.

“Orang yang nak kutuk tu mungkin orang luar, tak kisah. Asalkan mereka yang berada di bawah naungan persatuan nelayan ini mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan tindakan Mukhlis Mubin bukan bermotifkan politik, sebaliknya lahir daripada keprihatinannya sebagai anak tempatan.

“Kalau orang luar yang selesaikan, itu mungkinlah politik. Dia anak tempatan yang memang bergelumang dengan masalah masyarakat di sini.

“Yang penting, apa yang dia lakukan adalah atas inisiatif sendiri disebabkan permohonan persatuan nelayan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Rakaman Video Temuramah: Akaun Media Sosial Mukhlis Mubin

Tags: Mukhlis MubinMungkinorangOrang LuarYang Kutuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

01/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah berkongsi pengalaman ada...

Caprice Kritik Pakaian Mukhlis Mubin Seperti Lakonan Teater – “Siapa Suruh Pakai Baju Itu? Pecat Orang Tu!”

Caprice Kritik Pakaian Mukhlis Mubin Seperti Lakonan Teater – “Siapa Suruh Pakai Baju Itu? Pecat Orang Tu!”

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap, Caprice secara terbuka mengkritik pemilihan pakaian calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd