• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna HP Ketika Memandu, Anggota JPJ Disaman

oleh AK-47
29/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRAL menerusi laman sosial yang memaparkan beberapa keping foto seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandu sambil menggunakan telefon bimbit dalam kereta peronda milik agensi itu.

Susulan penyebaran foto tersebut, pihak JPJ tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu panas terbabit.

Dalam satu kenyataan rasmi pihak JPJ, agensi berkenaan mengesahkan telah mengeluarkan saman dan tindakan tegas lain terhadap anggota tersebut.

Guna HP Ketika Memandu, Anggota JPJ Disaman

“Siasatan serta-merta mengenai perkara itu dibuat dan jabatan mengesahkan kebenaran maklumat tersebut.

“Anggota itu juga sudah ditukarkan ke bahagian lain serta dirujuk kepada lembaga tatatertib kerana mencemarkan imej jabatan untuk tindakan selanjutnya,” kata agensi itu.

Tambah mereka lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan jalan raya.

“Jabatan sentiasa mengingatkan anggota JPJ supaya sentiasa menghormati undang-undang jalan raya dan menjadi contoh kepada pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Pada kesempatan itu juga, pihak JPJ turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada pengadu yang melaporkan kejadian itu.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak JPJ kerana telus dan adil dalam melaksanakan undang-undang.

Foto surat saman yang dimuat oleh laman Info Roadblock Jpj/Polis menerima tanda ‘likes’ sebanyak 2,500 dan dikongsi lebih 500 kali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JPJsamantelefon bimbit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd