Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Fiesta Durian Sebagai Acara...

KUALA LUMPUR - Program Fiesta Durian Malaysia akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi...

ISN, UniMAP Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjalankan kajian mengenai teknologi sukan...

Belum Ada Keputusan Hadkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pelaksanaan mengehadkan...

Ubah Persepsi Tentang Sekolah...

KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa sekolah tahfiz merupakan tempat belajar bagi anak-anak yang...

“Gambar Di Kedai Emas Tak Ada Kaitan Dengan Datuk Red”

PELAKON baharu Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, menafikan dakwaan dia sedang membuat perancangan untuk berkahwin dengan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Ruhainies memberitahu dia memuatnaik gambar di sebuah kedai emas kerana memenuhi undangan pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan, bukannya membeli emas untuk berkahwin seperti didakwa sebuah laman sembang gosip.

"Gambar Di Kedai Emas Tak Ada Kaitan Dengan Datuk Red"

“Gambar itu diambil ketika berada di kedai Habib Jewels kerana saya diundang untuk majlis mereka dan saya diminta untuk mempromosikannya di akaun Instagram saya.

“Gambar itu tidak ada kaitan dengan Datuk Red atau sesiapa. Lagi pun, ramai artis lain berada di sana, bukan saya seorang sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ruhainies, dia tidak tahu mengapa masih dikaitkan dengan Datuk Red walaupun sudah menjelaskan perkara sebenar sebelum ini


“Saya tak tahu kenapa saya masih dikaitkan dengan dia. Mereka yang membuat cerita ni tak takut dosa ke?” katanya.

Ruhainies menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Datuk Red atau mana-mana lelaki buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori