• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Kemuka Borong E, Pemilik Firma Guaman Didenda

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat gagal mengemukakan penyata majikan (borang E) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemilik firma guaman hari ini didenda RM1,500 atau satu bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman tersebut ke atas S. Muthu, 51, yang merupakan orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Muthu, yang juga seorang peguam membayar denda itu.

Pemilik tunggal syarikat S Muth Partnerships itu dan sebagai majikan telah gagal mengemukakan kepada LHDN penyata butiran borang E tahun 2013 pada atau sebelum 31 Mac 2014 tanpa sebab munasabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di syarikatnya di Brickfields, di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 120(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa LHDN Zahirah Zamhuri memohon OKS dikenakan denda maksimum dengan alasan kesalahan itu adalah kesalahan kali keenam OKS.

Muthu merayu dikenakan kompaun yang minimum atas alasan pihaknya telah menghantar penyata tersebut namun pihak LHDN tidak menerimanya. – BERNAMA

Tags: dendaLHDN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd