• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diskaun 10% Untuk Pengguna Lebuhraya LSA Pada 31 Ogos

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna kenderaan kelas satu Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus pada 31 Ogos ini.

Ketua Eksekutif Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (KESAS), Imran Gulcharan Abdullah berkata tawaran bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 itu bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada tarikh berkenaan.

“Pengguna kenderaan kelas satu akan menikmati pengurangan kadar sebanyak 20 sen dengan transaksi pembayaran elektronik di LSA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Imran, dianggarkan hampir 265,000 pengguna LSA akan menikmati manfaat dengan sejumlah RM53,000 subsidi tol yang ditawarkan pada sambutan kemerdekaan kali ini.

Katanya sejak dilaksanakan dari tahun 2010 hingga tahun lalu, KESAS telah membelanjakan sejumlah RM1.5 juta susbsidi tol untuk dinikmati oleh pengguna LSA setiap kali musim perayaan utama di Malaysia.

“Penerimaan baik dan sokongan pengguna LSA dengan pelaksanaan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya sejak dilaksanakan pada 2 Mac lalu banyak membantu kelancaran transaksi pembayaran dan menjimatkan masa.

“Sehubungan itu diskaun yang diberikan adalah tanda penghargaan KESAS dan ucapan terima kasih kepada pengguna LSA,” katanya. – BERNAMA

Tags: diskaunTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd