• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Boleh Menang PRU14 Jika Amal 5 Prinsip

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggariskan lima pinsip yang boleh membawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Prinsip berkenaan ialah menyelesai masalah dalaman parti, pemimpin turun padang mendekati rakyat, memilih calon yang layak, keluar daripada zon selesa dan memastikan bantuan disalurkan ke peringkat akar umbi.

“Kalau mereka miskin dan susah, tolong mereka. Jangan kita pilih bangsa, agama…tolong semua. Realitinya buangkan urusan biasa, realitinya buangkanlah keselesaan kita… berikan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

“…sekuat mana pun pembangkang, banyak manapun parti baharu yang ditubuhkan, Insya-Allah UMNO dan BN akan cemerlang semula untuk memerintah di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata kegagalan menawan Selangor selama dua penggal harus dijadikan iktibar dalam usaha mengembalikan pemerintahan negeri itu kepada BN.

Ahmad Zahid berkata Selangor menjadi antara negeri termaju di Malaysia atas usaha BN namun, hasilnya kini dipetik orang lain.

“Sebab kita rasa terlalu kuat, sibuk buat analisis dan strategi, tapi tidak turun ke akar umbi…pemimpin sibuk pegang jawatan untuk jadi calon.

Belajarlah daripada kesilapan lalu. PRU12, PRU13 kita kecundang di Selangor, kerana budaya berada dalam zon selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingkatkan semua anggota UMNO supaya tidak mencari musuh kerana dalam politik, musuh sentiasa datang tanpa perlu dicari.

Sebaliknya, beliau meminta mereka mengambil lebih banyak pendekatan untuk menarik jiwa dan hati pengundi untuk kembali kepada perjuangan UMNO dan BN.

“Saya yakin kita boleh kembali memerintah di Selangor, kita tidak perlu menang semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau kita menang 35 atau 33 pun sudah cukup,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd