• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ya Kami Tewas… Apa Yang Anda Miliki?” – TMJ

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Walaupun anda gembira Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 3-0 dalam saingan Piala Malaysia, tidakkah anda sedar kami sudah memiliki dua trofi? Apa yang anda miliki?”

Itu kata-kata pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas orang ramai yang mengutuk JDT kerana tewas kepada pasukan Perak di Stadium Ipoh pada Sabtu lalu.

Baginda membayangkan penghinaan yang dilemparkan ke atas pasukan JDT oleh orang ramai itu sekadar mengambarkan perbezaan mentaliti masyarakat di negara ini.

“Kejayaan tidak diukur berdasarkan menang atau kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi melalui kemajuan kelab seperti memenangi piala, kekuatan kewangan dan kemajuan serta pencapaian kelab secara keseluruhan.

“Walaupun ramai gembira kerana JDT tewas 3-0, di manakah kedudukan anda dalam liga? Sebahagian daripada anda menyebut apa yang kami tahu adalah hanya membeli pemain, oleh itu biarlah saya memberitahu anda bahawa kami akan terus membeli. Bagaimana anda akan menghentikannya?,” kata baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail seterusnya menegaskan, JDT mempunyai kemudahan terbaik di negara ini dan satu-satunya pasukan di Malaysia yang diiktiraf oleh FIFA dan AFC.

Titah baginda, sewaktu sesi latihan, pemain dan jurulatih JDT tidak salin pakaian dalam bilik persalinan seperti tandas awam serta baru tewas dua perlawanan.

“Saya dijemput ke Sepanyol untuk Sidang Kemuncak Dunia Bola Sepak dan jurulatih saya dijemput ke China untuk Bengkel Kejurulatihan yang khusus untuk barisan jurulatih terkemuka di Asia. Adakah anda menerima sebarang jemputan akhir-akhir ini?,” kata baginda lagi.

Baginda menegaskan sebarang artikel dan komen negatif ke atas JDT tidak akan menyakitinya kerana baginda berterusan membuat wang dan berada pada kedudukan yang baik.

“Jika anda mempunyai apa-apa niat untuk berperang melawan saya atau JDT, biarlah saya memberitahu anda sekarang bahawa anda sedang berjuang dalam pertempuran yang sia-sia dan selama-lamanya kehidupan anda tidak akan maju kerana kerap melayari internet.

“Kepada yang kononnya mempunyai duit yang banyak, sila dapatkan pembedahan plastik kosmetik,” kata baginda. –MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakJDTTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd