• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warden Penjara Sakit Jantung Diselamatkan Banduan

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOUSTON – Sekumpulan lapan banduan bergari di Texas merempuh keluar dari sel mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang pengawal penjara yang diserang sakit jantung.

Mereka dikurung dalam sel di Bangunan Mahkamah Daerah di bandar raya Fort Worth ketika kejadian.

Satu-satunya pengawal yang ditempatkan bersebelahan sel berkenaan berjenaka dengan banduan terbabit apabila beliau tiba-tiba rebah disebabkan degupan jantung terhenti, lapor Daily News.

Tahanan kemudian mula menjerit meminta bantuan tetapi tiada siapa di tempat berhampiran. Ketika itu, salah seorang banduan berjaya memecahkan pintu sel dan kumpulan berkenaan mendekati pengawal berkenaan yang rebah tanpa denyutan nadi.

Mereka terus menjerit meminta tolong dan mula mengetuk pintu dalam usaha terdesak menarik perhatian seseorang datang ke sel itu.

Pegawai lain yang berada di tingkat atas mahkamah mendengar bunyi bising dan bergegas turun, menyangka mereka bergaduh sesama sendiri.

“Saya tidak terfikir untuk tidak membantu sama ada beliau ada senjata atau lencana.

Jika beliau jatuh, saya akan membantunya,” kata seorang banduan, Nick Kelton, kepada stesen televisyen 11 WFAA TV.

Apabila pegawai lain akhirnya tiba, mereka mengurung semula banduan dan menghubungi perkhidmatan kecemasan dan memulakan kaedah bantuan pernafasan (CPR) ke atas pengawal berkenaan.

Kunci sel berkenaan diperkukuhkan selepas banduan terlepas demi melakukan kebaikan, menurut laporan. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: Penjarawarden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd