• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sasaran Spesifik Jumlah Pingat Di Olimpik Rio

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak meletakkan sasaran spesifik mengenai jumlah pingat yang perlu dibawa pulang oleh kontinjen negara ke Sukan Olimpik di Rio de Janiero, Brazil, Ogos ini.

Namun, beliau tetap meletakkan sandaran kepada tiga acara sukan – badminton, berbasikal trek dan terjun, akan menyumbang pingat tanpa mengira warna pada temasya yang akan membuka tirai pada 5 Ogos.

“Saya tidak mahu memberikan tekanan yang lebih kepada para atlet dengan meletakkan apa-apa sasaran yang spesifik.

“Kementerian Belia dan Sukan juga yakin dan percaya mereka yang kita harapkan akan mendapat kedudukan podium, pasti akan melakukan yang terbaik untuk merealisasikan perkara tersebut,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kejayaan jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan, Khairy mengucapkan tahniah kepada pelari pecut itu yang telah berjaya memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter milik Watson Nyambek.

Katanya, dengan kejayaan yang dilakukan itu, Khairul Hafiz telah meletakkan dirinya sebagai calon utama pemenang pingat emas temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

“Ini kerana sewaktu kemenangan dalam acara 100m Sukan SEA di Singapura lalu, catatan pemenang pingat emas ialah 10.25s dan rekod Sukan SEA 10.17s. Jadi catatan masa beliau (Khairul) tidak jauh dari rekod Sukan SEA,” katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 (MASOC), berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa pemilihan untuk mencalonkan Khairul Hafiz ke dalam Program Podium pada masa akan datang.

Khairul Hafiz yang juga atlet di bawah Program Kita Juara Sukan SEA 2017, melakar kejayaan manis apabila meleburkan rekod 100 Meter Sukma dan kebangsaan dengan catatan 10.18s, sekali gus memadam rekod lama 10.30s yang dicipta Watson Nyambek pada Sukan Pra-Komanwel 1998. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd