• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Optimis Langkah Keselamatan Yang Diambil Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Lembaga Tabung Haji (TH) berpuas hati dan yakin dengan langkah keselamatan yang telah diambil kerajaan Arab Saudi bagi membendung insiden yang tidak diingini sepanjang musim haji tahun ini.

Naib Konsul Haji Malaysia, Mohd Zawawi Bostam berkata ia berikutan beberapa langkah mengetatkan kawalan keselamatan yang dilakukan di tempat strategik termasuk di hotel penginapan.

“Saya berasa yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil itu dan kita dapat lihat mereka telah menempatkan anggota polis di sekitar masjid dan juga tempat strategik.

“Pihak hotel juga telah memaklumkan mereka telah menyediakan alat pengimbas keselamatan di pintu masuk bagi tujuan yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Hal-Ehwal Jemaah Haji Malaysia di sini, hari ini.

Pada 4 Julai lalu, empat dilaporkan maut manakala lima lagi cedera dalam insiden letupan di perkarangan Masjid Nabawi di sini.

Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam letupan berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Mohd Zawawi yang juga Pengarah Operasi Madinah berkata pihak hotel juga telah menyediakan beberapa langkah keselamatan lain dan sebarang perkembangan, TH akan memaklumkannya kepada jemaah haji nanti.

“Soal keselamatan adalah perkara kritikal di Arab Saudi dan kami ingin menasihati para jemaah agar jangan mencampuri soal keselamatan ini dan juga tidak membawa unsur-unsur berpolitik,” katanya.

Sementara itu, TH juga kini sudah bersiap sedia menerima kedatangan seramai 22,320 jemaah haji Malaysia musim ini dengan membuat beberapa penambahbaikan untuk keselesaan jemaah.

“Antara penambahbaikan itu adalah menggunakan bas yang lebih selesa dan langkah membawa bagasi para jemaah dengan lebih sistematik,” katanya.

Beliau berkata selain itu petugas TH juga telah bersiap sedia untuk memberikan khidmat sokongan kepada jemaah iaitu khidmat kesihatan, pengeluaran wang, kaunseling dan khidmat pelanggan.

“Kini seramai 70 peratus petugas TH di Madinah telah sampai dan sebahagian besar menggunakan khidmat petugas yang berpengalaman,” katanya.

Mohd Zawawi turut menasihati jemaah agar mengambil langkah sewajarnya bagi menangani keadaan cuaca panas yang dijangka melebihi 40 darjah Celcius bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan.

Beliau juga turut menasihati agar para jemaah menumpukan sepenuhnya dalam soal menunaikan haji dan tidak terbabit dalam perkara yang boleh melanggar undang-undang Arab Saudi.

Pada musim haji ini seramai 11,796 jemaah akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah manakala bakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa King AbdulAziz di Jeddah.

Ia membabitkan sebanyak 47 penerbangan iaitu 25 penerbangan ke Madinah dan bakinya ke Jeddah. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd